Monday, June 25, 2012

Aktiviti PPU bulan Jun 2012

Bulan Jun 2012 merupakan bulan yang sibuk bagi para guru dan para pelajar PPU. memandangkan kepada sistem penggal yang baru diperkenalkan kepada pelajar 6 rendah maka semua pihak terpaksa mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi sistem yang mencabar ini. Tambahan pula, pelajar 6 atas akan menghadapi peperiksaan STPM bagi tahun terakhir sistem yang lama.Masalah yang dihadapi bagi para guru ialah kekurangan bahan rujukan, terpaksa menyesuaikan dengan sistem yang baru dan perlu memberi FOKUS untuk pelajar 6 rendah dan 6 atas.Diharapkan rakan-rakan guru sentiasa bersedia berhadapan dengan sistem baharu ini  dan sentiasa berusaha serta bekerjasama bagi meningkatkan prestasi para pelajar. Kepada para pelajar pula, anda jangan mengharapkan 100% daripada guru sebaliknya berusaha mencari maklumat yang semuanya boleh diperolehi di "hujung jari anda".
Namun ,dalam kesibukan sepanjang bulan Jun ini, PPU SMKDM telah memperolehi kejayaan yang amat dibanggakan oleh semua warga sekolah. Saudari Nunadiah bt Azmi telah mendapat JOHAN dalam pertandingan Karnival bahasa peringkat daerah Sabak Bernam seterusnya mendapat NAIB Johan bagi pertandingan yang sama di peringkat negeri Selangor. Dalam pertandingan kolokium penyelidikan peringkat daerah Sabak Bernam pula,pasukan PPU SMKDM turut mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut. Pembentang kajian penyelidikan dalam pertandingan kolokium berkenaan ialah Sdri Siti Solehah bt Wahab. Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama kerjasama yang diberikan oleh Pn Pengetua, PK1, PK Tg 6 serta semua guru dan pelajar yang memberikan sokongan. PPU SMKDM boleh!!!

No comments:

Post a Comment