Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menghadapi Ujian Selaras Kedua 2011




Alhamdulillah,para pelajar berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kedatangan bulan yang mulia ini diharapkan menjadi pendorong kepada para pelajar agar lebih sabar, tabah dan redha dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar. Melalui Madrasah Ramadhan diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jiwa yang kental semangat yang berkobar serta keazaman yang tinggi khususnya bagi mengahadapi peperiksaan STPM tahun 2011. Mari kita tingkat amal dengan berzikir, solat sunat tahajud, solat hajat, solat sunat dhuha dan sentiasa berdoa sebagai senjata dan perisai kejayaan.

Selamat menjalani ujian bulanan kedua tahun 2011 kepada para pelajar Ting 6 Atas dan 6 Bawah. Ujian bermula pada 9-11 Ogos 2011. Jawablah dengan bersungguh-sungguh dan keputusan yang diperolehi nanti sebagai kayu ukur di atas usaha yang anda lakukan sendiri.