Sunday, April 25, 2010

Hala Tuju Tingkatan enam

1. Rasional Pembaharuan dalam Pengurusan Tingkatan Enam:

" Pendidikan pra-U di Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa
kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan'

" Pendidikan pra-U di Tingkatan Enam seharusnya sama dengan persekitaran di
Kolej Matrikulasi, IPG dan IAB yang sistem pembelajarannya sama seperti di
Universiti"

Sumber: Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, KPPM
(Utusan Malaysia. 14 Jun 2008)

Syarat-Syarat Kelayakan Masuk ke Ting 6

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Ting 6 bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperolehi kepujian bagi mata pelajaran bahasa Melayu dalam pepriksaan SPM.

2. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN calon mesti memperolehi TIGA kepujian
dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik.
Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-
kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu/Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi/Pend Seni Visual
VI Pend Islam/pend Moral
Sains/sains tambahan
IX Salah satu mata pelajaran teknik/vokasional/mata pelajaran
vokasional(MPV)
X Tasawwur Islam/Pend Al-Quran dan Al Sunnah/Pend Syariah
Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi/bahasa Arab(komunikasi)/bahasa Cina/bahasa
Tamil
XII Sains Pertanian/Perdagangan/Prinsip Perakaunan/Ekonomi
Asas/Ekonomi Rumah Tangga/Pengetahuan Sains Sukan

* calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA
mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti
tercatat di atas layak ditawarkan ke Ting 6 bawah dengan syarat terdapat
kekosongan tempat di negeri berkenaan.
3. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun
pada 1 Januari 2010.

Thursday, April 22, 2010

Peperiksaan MUET

Kepada semua pelajar Pra-U, Selamat menduduki peperiksaan MUET 2010. Moga anda dapat menjawab peperiksaan tersebut dengan jayanya.
Pastikan perkara berikut diambil perhatian:
1.Berkumpul di dewan jam 7.30am
2.Bawa kad pengenalan masing-masing
3.berpakaian seragam lengkap.

Wednesday, April 14, 2010

Kursus Pengendalian Aktiviti KOKO







Tarikh: 14 April
Hari: Rabu
Masa:1.15pm-3.00pm
Penceramah: En. Kamaruddin b.Ali
En. Abd.Razak b. Shukor
Objektif: Para peserta akan dapat mengetahui cara-cara membuat kertas cadangan program, minit mesyuarat,laporan program,surat-surat rasmi dan undang-undang pelancongan sekolah.

Laporan:
Aktiviti di atas disertai oleh 37/44 ahli MPPU.Para peserta dibahagikan kepada 11 kumpulan yang akan membuat 11 program seperti Khidmat Masyarakat, Sukaneka, lawatan dalam dan luar daerah,tayangan gambar,asas membina laman web dan sebagainya.
Melalui pendedahan yang diberikan diharapkan akan mencapai objektif yang telah digariskan.

Tuesday, April 13, 2010

Pendaftaran 6 Rendah 2010

Tarikh pendaftaran ke sekolah pusat tingkatan 6 Rendah 2010 pada 10 Mei 2010 . Sila rujuk pautan laman kementerian pelajaran. http://www.emoe.gov.my

Jom Masuk U





Para Pelajar Pra-U SDM telah menyertai program tersebut yang telah berlangsung d UiTM Shah Alam pada 17 Januari 2010. Moga menjadi pengalaman yang berguna bagi para pelajar untuk menentukan IPT mana yang ingin dimasuki nanti.

Sunday, April 11, 2010

Aktiviti Kokurikulum







Aktiviti Koko diadakan setiap hari Rabu dan wajib dihadiri oleh semua pelajar .Sesi pertama bermula pada jam 1.15pm-2.20pm, manakala sesi kedua bermula pada jam 3.00pm-4.05pm.Kegiatan koko meliputi aktiviti pasukan beruniform iaitu Pengakap,KRS dan JPA3.Bagi sukan permainan pula iaitu bolasepak,bolajaring dan petanque.Manakala, kelab dan persatuan yang wajib disertai iaitu Kelab Penyelidikan dan MPPU. Ingat kehadiran anda WAJIB(50% markah kehadiran)



Jadual Waktu Penyelidikan







Jadual penyelidikan telah ditetapkan pada hari Khamis jam 3.00-4.00pm. Kehadiran pelajar diwajibkan.Pelajar boleh membuat rujukan sama ada di perpustakaan, makmal komputer atau berjumpa guru pembimbing/fasilitator yang telah ditetapkan.

Kajian Penyelidikan




para pelajar Pra-U dikehendaki menghasilkan satu kajian penyelidikan semasa mereka di Ting 6. Pada 6hb Jun bertempat di Dewan Mustaffa , Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama MPPU telah menganjurkan kursus penyelidikan. Banyak maklumat berkaitan telah diperolehi oleh para pelajar.

Sesi P&P dalam bilik darjah



Panorama SDM