Blog ini memaparkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan Program Persediaan Universiti SMK Dato' Mustaffa.
Thursday, February 13, 2014
Keputusan Peperiksaan STPM Penggal Ketiga
Alhamdulillah , SMK Dato' Mustaffa telah berjaya mengekalkan prestasi yang baik bagi keputusan peperiksaan STPM P3 ini. Keseluruhannya peratus kelulusan ialah 96.15%. Bilangan yang memperolehi 4P seramai 17 orang, 3P seramai 14 orang, 2P seramai 15 orang dan 1P seramai 4 orang. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah manakala yang kurang memuaskan moga berjaya di bidang lain.
Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Port Dickson 2014
Pada 7 & 8 Februari 2014 lalu , Kelab Petanque Tingkatan 6 telah menghantar peserta bagi menyertai kejohanan tersebut. Ini sebagai persediaan mereka bagi menghadapi kejohanan Angkasa Ng Selangor di PGA Cheras pada bulan Mac nanti. Dalam kejohanan tersebut pasukan petanque Tg 6 SDM hanya berjaya memenangi satu perlawanan daripada tiga perlawanan yang disertai. Moga pasukan petanque akan lebih mantap pada masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)