Tuesday, May 8, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru PPUSMKDM sesi 2012/2013

Seramai 68 orang pelajar baru tingkatan 6 rendah telah mendaftar untuk persekolahan sesi 2012/2013. Mereka terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan. Program suai mesra pelajar PPU bermula pada tarikh 8 Mei 2012-11 Mei 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti bersama UBK,taklimat HEM,taklimat kokurikulum,taklimat mata pelajaran,program bersama MPP dan diakhiri dengan majlis penutupan rasmi minggu suai mesra.

Monday, April 2, 2012

Hari Graduasi Pelajar PPU SMKDM Sesi 2011
















Alhamdulillah program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 33 calon menerima sijil kelulusan dengan pencapaian penuh dalam peperiksaan SPM 2011 dan 11 penerima sijil pencapaian dengan keputusan cemerlang. penganugerahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Yang DiPertua PIBG SMKDM iaitu Tn Haji Mardi bin Sukir. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, March 27, 2012

Program Apresiasi Sastera Bersama Prof Madya Lim Swee Tin



















Pada 27hb Mac 2012 bertempat di Dewan Mustaffa telah berlangung majlis tersebut. Para pelajar berpeluang mengikuti ceramah/persembahan berkaitan puisi Melayu tradisional. Para peserta turut bersama-sama tetamu jemputan mendendangkan sajak,syair,nazam,pantun,gurindam dan sebagainya. Pertemuan ringkas yang telah dirancang oleh Panitia Sastera bersama PPU SMKDM ini telah meninggalkan kenanganan yang sangat manis dan menyeronokkan.

Monday, March 19, 2012

Program Lawatan Sambil Belajar dan Program Sua Mesra Bersama MPP SMK Mahsuri, Langkawi






Pada 12-15hb Mac 2012 telah diadakan program tersebut. Seramai 36 pelajar beserta 8 orang guru pengiring telah menyertai program yang bertujuan menjalinkan hubungan muhibbah bersama PPU luar. Selain itu pelajar turut melawat tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam Mahsuri, Kilang Gamat, Galeria Perdana, Pusat Kraf, Wildlife Park, Beras Terbakar, Pantai Chenang dan sebagainya. Program Sua Mesra bersama MPP SMK mahsuri Langkawi telah diadakan pada 14hb . MPP SMKDM telah tiba di SMK Mahsuri tepat jam 9.00am,kami diberikan taklimat ringkas oleh PK Tg6 iaitu Pn Anis Azrina bt Shafie, selepas itu melawat pusat sumber sekolah, sesi berkenalan dengan para pelajar, permainan persahabatan badminton (SDM menang 4-1) dan akhir sekali jamuan tengahari. Keramahan pelajar dan guru SMK Mahsuri tetap dikenang dan amat dihargai. Program yang tidak mungkin tidak dilupakan di Langkawi ialah membeli coklat dan pelbagai barangan di Idaman Suri dan Ismail Group. Selepas 3 hari di Langkawi pelajar bertolak pulang dan sempat singgah di pekan Rabu Alor Star. Rombongan selamat tiba di sekolah pada 15hb mac tepat jam 11.59pm.

Keputusan STPM2010

Alhamdulillah.buat julung kalinya SMKDM telah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan STPM 2011. Manakala PNGK turut meningkat iaitu memperolehi GP 2.28. Tahniah kepada para guru dan para pelajar yang berjaya.Pelajar terbaik ialah Siti Khadjah Mat Isa(3.25) dan Zuraiha Zaini(3.17). Terdapat lebih dari 10 pelajar yang memperolehi GP 2.5 dan ke atas.

Tuesday, February 28, 2012

Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Ng Selangor 2012



Kejohanan Petanq tersebut telah diadakan di Gelanggang Petanq Majlis Daerah Kuala Selangor. Seramai 3 pelajar tingkatan 6 telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Khairil Anas, Mohd Farid dan Khairul Aizat Rumaizi bagi kategri lelaki. Manakala bagi kategori perempuan diwakili oleh Suhana bt Sabri, Nor Azyan dan Nur Fatsha Shaziera. Peserta wanita telah menjadi johan kumpulan namun belum mencapai kemenangan di pusingan kedua. Bagi kategori lelaki tidak berjaya melepasi pusingan kedua juga. Syabas diucapkan kepada semua.Kemenangan yang tertangguh!

Monday, February 13, 2012

Program Maju Diri(PMD) dan Majlis Penyerahan Mentor-Mentee


















Kedua-dua program tersebut telah berjalan dengan lancar. Para pelajar telah diberikan pelbagai tips bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran semasa program PMD. Bekas pelajar PPU SMKDM telah dijemput untuk memberikan sedikit motivasi atau kata-kata perangsang kepada calon-calon STPM 2012. Terima kasih kepada Sdri Fazila bt Masri dan Sdri Habibah bt Sarehat(UNIMAS) dan Sdri Rabiatul Adawiyah bt Ramli(UMP) yang sudi berkongsi sedikit ilmu dengan adik-adik. Semasa program Mentor-Mentee pula, di akhir majlis Sdri Nur Nadiah bt Azmi telah mengetuai lafaz ikrar berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi meningkatkan pencapaian STPM bagi tahun 2012.