Saturday, May 22, 2010

Peperiksaan Pertengahan Semester 2/ 2010

Tarikh peperiksaan akan bermula pada 24hb Mei 2010 sehingga 4hb Jun 2010.Diharapkan agar para pelajar dapat membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.Jagalah kesihatan dan keselamatan diri bagi memastikan emosi anda stabil semasa menjawab kertas peperiksaan. selamat menjawab dan semoga berjaya!

Friday, May 21, 2010

Perkhemahan Istiadat Vigil Pengakap Kelana PPM Sungai Besar









Perkhemahan tersebut akan diadakan pada 27-28 Mei 2010 bertempat di SMK Sungai Besar. Diharapkan ahli pengakap kelana kumpulan ke-15 SMK Dato' Mustaffa dapat menyertai perkhemahan tersebut bagi melayakkan anda mendapat tauliah sebagai pengakap kelana.Ahli kelana kumpulan ke-15 yang berdaftar seramai 19 orang. manakalah para pelajar 6 rendah yang menjadi ahli pengakap kelana seramai 17 orang.Sebarang urusan berkaitan perkhemahan boleh dirujuk kepada pemimpin kelana sekolah iaitu En.kamaruddin bin Ali.
Sekali berpengakap terus berpengakap.

Aktiviti perkhemahan Istiadat Vigil PPM Sg Besar:
1.Pendaftaran jam 4.00pm(khamis/27hb Mei 2010)
2.Solat dan bacaan yassin
3.hala Tuju kelana
4.Aktiviti Vigil 1&2
5.Qiamullail dan Tazkirah Subuh
6.Riadah
5.Brainwash
6.istiadat pentauliahan

*Yuran penyertaan sebanyak RM7.00
Ahli pengakap kelana berkenderaan sendiri.

Sunday, May 9, 2010

Pendaftaran 6 Rendah 2010

Selamat datang kepada para pelajar 6 rendah yang akan mula mendaftar pada hari isnin (10 Mei 2010).Sejumlah 145 nama telah tersenarai untuk pengambilan bagi sesi ini.Antara program pada hari pendaftaran ialah pendaftaran SMM,taklimat PPU,taklimat Koko, taklimat disiplin, program bimbingan dan kaunseling dan lain-lain.Semua program berlangsung di dewan Mustaffa.walaupun sekolah mengahadapi kekangan dari segi jumlah kelas,namun ini tidak mematahkan semangat para guru menerima ahli baru PPU sesi 2010/2011.Selamat menyambung pelajaran anda di SMKDM.