Friday, July 30, 2010

Berita Kokurikulum







Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar PPU SDM yang telah terpilih menyertai kegiatan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pelajar berkenaan ialah:
1. Heng Cheng Kar (6A1) yang telah menyertai Jamboree Pengakap Antarabangsa Sempadan Malaysia-Thailand yang bertempat di Pakbang Scout Camp, La- Ngu, Satun Thailand.(22-27 Julai)
2. Siti Nor Emyzan bt Mohd Nazri (6A2)yang telah menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Kem Rimba Ilmu Kuala Pilah, Negeri Sembilan.(28 Jun-2 Julai 2010)
3. Norhashimah bt Shahrom (6B2) yang telah menyertai Kursus Platun Kadet JPA3 Peringkat Kebangsaan bertempat di Akademi latihan Pertahanan Awam(ALPHA) Bangi,Selangor.(5 Julai-9 Julai 2010)
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama.

Friday, July 16, 2010

Program Bicara Bersama Ibu Bapa/ Penjaga PPU








Program tersebut telah berlangsung pada hari Jumaat bersamaan 16hb Julai 2010 bermula pada jam 10.00am.Objektif program bagi membincang dan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan anak masing-masing terutama sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM tahun 2010.