Program tersebut telah berlangsung pada 3 November 2010 bermula pada jam 2.00pm hingga 5.30pm.Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat bangunan,membersihkan kawasan dalam dan luar bangunan,aktiviti permainan dan ramah mesra serta persembahan nyanyian dan tarian zapin.Moga program mencapai matlamat iaitu memupuk perasaan kasih terhadap golongan yang tidak berkeupayaan ini.syabas kepada jawatankuasa yang berjaya mengendalikan program.
Blog ini memaparkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan Program Persediaan Universiti SMK Dato' Mustaffa.
Friday, November 19, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Program Panahan Akhir
Para pelajar baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan STPM 2010.Dalam tempoh masa yang masih ada ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti slepas pepriksaan percubaan. Antaranya semakan dan ulangkaji skema jawapan dan program motivasi terakhir yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PPU.Program tersebut dinamakan "Panahan Akhir".Persediaan telah diatur,bekalan sudah diberi,bimbingan dan motivasi sentiasa berterusan.Kini terpulang kepada para pelajar untuk menentukan sejauhmanakah persediaan dan bimbingan itu dimanfaatkan.Doa agar kalian beroleh ketenangan,diberi nikmat kesihatan dan dijauhi segala mara bahaya.Teruskan MARA mencapai CITA-CITA.Moga berjaya!
Thursday, October 14, 2010
Baju Korporat PPU
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Alhamdulillah hasrat untuk melihat para pelajar Pra U SDM mempunyai baju korporatnya sendiri telah terlaksana. Para pelajar akan memkai baju tersebut pada setiap hari Isnin dan Rabu. Selain itu pemakaian tersebut diguna semasa program2 rasmi sekolah atau ketika menyertai program di luar sekolah. Diharapkan melalui pemakaian baju tersebut akan menaikkan imej pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah.
Jamboree On The Air JOTA

Jamboree tersebut akan berlangsung pada 16-17 Oktober 2010 bertempat di SMK Dato' Mustaffa. Diharapkan para pelajar dapat mengambil peluang menyertai aktiviti yang telah ditetapkan. Selain daripada program JOTA Dunia, ahli Pengkap kelana telah mengambil peluang untuk mengumpulkan adik-adik pengakap daripada Tingkatan 1 hingga 5 bagi mengikuti program kembara yang akan belangsung pada sebelah petang(jam 2.00 hingga 6.00 petang hari Sabtu).Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti istiadat bendera,kawad tongkat, pandu arah dan sebagainya.
Monday, September 27, 2010
Peperiksaan Percubaan STPM 2010
Tarikh pepriksaan tersebut akan bermula pada 28 September 2010 sehingga 14 Oktober 2010. Diharapkan agar calon-calon peperiksaaan dapat membuat persediaan seterusnya menjawab soalan dengan jayanya.
Friday, September 3, 2010
Selamat Hari Raya


Pihak kami mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syawal dan selamat bercuti kepada semua.Semoga sambutan hari lebaran tahun ini lebih bermakna.Tetapi jangan lupa,waktu cuti yang panjang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyiapkan segala tugasan yang diberi terutama sebagai persediaan menghadapi peperiksaan percubaan yang akan bermula pada 23 September hingga 12 Oktober 2010.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Wednesday, August 25, 2010
Program Mentor-Mentee
Program tersebut diadakan bertujuan untuk membimbing,membentuk sakhsiah diri,berkongsi maklumat dan masalah pelajaran para pelajar yang dibimbing. Setiap orang guru telah menerima empat orang mentee masing-masing.Program ini bermula dari bulan Ogos sehingga menjelang peperiksaan STPM pada bulan November.Di harapkan program ini dapat membantu pencapaian para pelajar PPU SMK Dato' Mustaffa.
Tuesday, August 17, 2010
Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan STPM 2010
Seminar tersebut berlangsung pada 16 hingga 20hb Ogos 2010. Jadual waktu seminar telah diedarkan kepada semua pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknik sebenar untuk menjawab peperiksaan STPM.Subjek yang terlibat ialah Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Geografi,Pengajian Perniagaan, Seni dan Sastera.
Program anjuran unit bimbingan dan kaunseling ini telah menjemput guru-guru pakar bagi setiap subjek berkenaan.
Friday, July 30, 2010
Berita Kokurikulum

.jpg)

+001.jpg)
Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar PPU SDM yang telah terpilih menyertai kegiatan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pelajar berkenaan ialah:
1. Heng Cheng Kar (6A1) yang telah menyertai Jamboree Pengakap Antarabangsa Sempadan Malaysia-Thailand yang bertempat di Pakbang Scout Camp, La- Ngu, Satun Thailand.(22-27 Julai)
2. Siti Nor Emyzan bt Mohd Nazri (6A2)yang telah menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Kem Rimba Ilmu Kuala Pilah, Negeri Sembilan.(28 Jun-2 Julai 2010)
3. Norhashimah bt Shahrom (6B2) yang telah menyertai Kursus Platun Kadet JPA3 Peringkat Kebangsaan bertempat di Akademi latihan Pertahanan Awam(ALPHA) Bangi,Selangor.(5 Julai-9 Julai 2010)
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama.
Friday, July 16, 2010
Program Bicara Bersama Ibu Bapa/ Penjaga PPU
Wednesday, June 30, 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Terengganu-Kelantan
Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh:2-4 Julai 2010
Bertolak:12.00pm (Jumaat)
Aktiviti:1. Lawatan ke Empangan kenyir
2. Lawatan ke Masjid Kristal,Muzium Kesenian,pasar payang,Arfa Batik
3. Program ramah mesra ke SMK Tendong,Pasir Mas
4. membeli-belah di Pasar Siti Khadijah.
Bertolak pulang: 3.00pm(Ahad)
Semoga program yang diatur dapat berjalan dengan lancar.
Monday, June 28, 2010
Urusetia Perkhemahan Koko/Khidmat Masyarakat
Perkhemahan perdana koko telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 25-27 Julai 2010.Tahniah kepada para pelajar 6 atas (44 orang) yang telah berjaya menjadi urusetia dan dapat menggerakkan semua aktiviti(Masakan,kebudayaan,explorace dll).Perkhidmatan anda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu khidmat masyarakat kepada kmuniti sekolah. Tahniah juga kepada para pelajar 6 Rendah(24 orang) yang terlibat sebagai fasilitator kumpulan masing-masing.
Kolokium kali Pertama
Subscribe to:
Posts (Atom)