Tuesday, March 19, 2013

Keputusan Peperiksaan STPM 2012(Terminal)
Alhamdulillah, SMKDM telah berjaya meningkatkan pencapaian dari segi kualiti dalam peperiksaan STPM bagi tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya.Seramai 10 orang calon berjaya mencapai PNGK 2.5 -2.99. Manakala 10 orang calon mencapai PNGK 3.00-3.92.Seramai 37 orang calon mendapat sijil penuh(97.36%) iaiu daripada 38 calon STPM keseluruhannya.
SMKDM telah menduduki tempat ke-3 daripada 11 buah sekolah di daerah Sabak Bernam.Tahniah dan syabas kepada pelajar cemerlang iaitu:
1. Hairil Anas(3.92)
2. Nur Nadiah (3.92)
3.Nur Shakirah (3.67)
4. Siti Musliha (3.67)
5. Siti Solehah (3.34)
6.Nur Liyana (3.08)
7. Nasihah (3.08)
8. Suhadah (3.08)
9. Nurul Aini (3.00)
10. Nursyazwani (3.00)

Wednesday, July 4, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-33

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 7hb Julai 2012 iaitu hari Sabtu. Pelajar PPU terlibat dalam acara lompat jauh, lontar peluru, 100meter dan aktiviti sukaneka sahaja. Mereka juga dikehendaki menjadi pembantu atau urusetia bagi setiap acara yang dijalankan. Semoga kejohanan tersebut berjalan lancar. Pesanan kepada para pelajar PPU berikan sumbangan khidmat bakti anda untuk sekolah.MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA.

Monday, June 25, 2012

Aktiviti PPU bulan Jun 2012

Bulan Jun 2012 merupakan bulan yang sibuk bagi para guru dan para pelajar PPU. memandangkan kepada sistem penggal yang baru diperkenalkan kepada pelajar 6 rendah maka semua pihak terpaksa mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi sistem yang mencabar ini. Tambahan pula, pelajar 6 atas akan menghadapi peperiksaan STPM bagi tahun terakhir sistem yang lama.Masalah yang dihadapi bagi para guru ialah kekurangan bahan rujukan, terpaksa menyesuaikan dengan sistem yang baru dan perlu memberi FOKUS untuk pelajar 6 rendah dan 6 atas.Diharapkan rakan-rakan guru sentiasa bersedia berhadapan dengan sistem baharu ini  dan sentiasa berusaha serta bekerjasama bagi meningkatkan prestasi para pelajar. Kepada para pelajar pula, anda jangan mengharapkan 100% daripada guru sebaliknya berusaha mencari maklumat yang semuanya boleh diperolehi di "hujung jari anda".
Namun ,dalam kesibukan sepanjang bulan Jun ini, PPU SMKDM telah memperolehi kejayaan yang amat dibanggakan oleh semua warga sekolah. Saudari Nunadiah bt Azmi telah mendapat JOHAN dalam pertandingan Karnival bahasa peringkat daerah Sabak Bernam seterusnya mendapat NAIB Johan bagi pertandingan yang sama di peringkat negeri Selangor. Dalam pertandingan kolokium penyelidikan peringkat daerah Sabak Bernam pula,pasukan PPU SMKDM turut mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut. Pembentang kajian penyelidikan dalam pertandingan kolokium berkenaan ialah Sdri Siti Solehah bt Wahab. Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama kerjasama yang diberikan oleh Pn Pengetua, PK1, PK Tg 6 serta semua guru dan pelajar yang memberikan sokongan. PPU SMKDM boleh!!!

Tuesday, May 8, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru PPUSMKDM sesi 2012/2013

Seramai 68 orang pelajar baru tingkatan 6 rendah telah mendaftar untuk persekolahan sesi 2012/2013. Mereka terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan. Program suai mesra pelajar PPU bermula pada tarikh 8 Mei 2012-11 Mei 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti bersama UBK,taklimat HEM,taklimat kokurikulum,taklimat mata pelajaran,program bersama MPP dan diakhiri dengan majlis penutupan rasmi minggu suai mesra.

Monday, April 2, 2012

Hari Graduasi Pelajar PPU SMKDM Sesi 2011
















Alhamdulillah program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 33 calon menerima sijil kelulusan dengan pencapaian penuh dalam peperiksaan SPM 2011 dan 11 penerima sijil pencapaian dengan keputusan cemerlang. penganugerahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Yang DiPertua PIBG SMKDM iaitu Tn Haji Mardi bin Sukir. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, March 27, 2012

Program Apresiasi Sastera Bersama Prof Madya Lim Swee Tin



















Pada 27hb Mac 2012 bertempat di Dewan Mustaffa telah berlangung majlis tersebut. Para pelajar berpeluang mengikuti ceramah/persembahan berkaitan puisi Melayu tradisional. Para peserta turut bersama-sama tetamu jemputan mendendangkan sajak,syair,nazam,pantun,gurindam dan sebagainya. Pertemuan ringkas yang telah dirancang oleh Panitia Sastera bersama PPU SMKDM ini telah meninggalkan kenanganan yang sangat manis dan menyeronokkan.