Sunday, September 18, 2011

Peperiksaan Percubaan STPM 2011

Tarikh peperiksaan bermula pada 7 -29 September 2011.Diharapakan agar para pelajar dapat membuat persediaan rapi.Berusaha,berdoa dan bertawakal.Insyaallah kejayaan.

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menghadapi Ujian Selaras Kedua 2011




Alhamdulillah,para pelajar berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kedatangan bulan yang mulia ini diharapkan menjadi pendorong kepada para pelajar agar lebih sabar, tabah dan redha dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar. Melalui Madrasah Ramadhan diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jiwa yang kental semangat yang berkobar serta keazaman yang tinggi khususnya bagi mengahadapi peperiksaan STPM tahun 2011. Mari kita tingkat amal dengan berzikir, solat sunat tahajud, solat hajat, solat sunat dhuha dan sentiasa berdoa sebagai senjata dan perisai kejayaan.

Selamat menjalani ujian bulanan kedua tahun 2011 kepada para pelajar Ting 6 Atas dan 6 Bawah. Ujian bermula pada 9-11 Ogos 2011. Jawablah dengan bersungguh-sungguh dan keputusan yang diperolehi nanti sebagai kayu ukur di atas usaha yang anda lakukan sendiri.

Tuesday, July 26, 2011

Perkhemahan Istiadat Virgil 1&2 Pengakap Kelana PPM Sungai Besar





















Seramai 11 ahli pengakap kelana(9 ahli kelana ting 6 rendah dan 2 ahli kelana ting 6 atas) telah berjaya menyempurnakan perkhemahan di atas pada tarikh 22-23 Julai bertempat di SMK Seri Bedena Sungai Besar. Seterusnya mereka telah berjaya mendapat pentauliahan sebagai ahli pengakap kelana daerah PPM Sungai Besar secara rasmi.Perkhemahan turut dibantu oleh 7 ahli kelana SMK Dato' Mustaffa yang bertindak sebagai urusetia.Tahniah kepada pesera yang terlibat.kelana "sedia berkhidmat".

Tuesday, July 12, 2011

Laporan Program Jejak Arkeologi Sejarah dan Eksplorasi Hutan Paya Laut Kuala Sepetang Serta Program Mesra Muhibbah Bersama PPU SABAR.





















Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Para peserta telah dapat pengalaman baru semasa menyertai pelbagai aktiviti seperti eksplorasi hutan, lawatan kilang kayu arang,Nite Safari, Muzium Taiping, Kompleks Sejarah matang, Muzim Diraja Kuala Kangsar, pusat pembuatan labu sayong dan lain-lain.
Program mesra muhibbah bersama PPU SMK Abu Bakar al-Baqir, Bagan Serai turut dijayakan dengan sempurna. Pengisian program di SABAR seperti perlawanan persahabatan badminton dan jamuan makan....mmmmmmmm sedap. Moga tautan kemesraan akan mengukuhkan ikatan persaudaraan antara para pelajar PPU SDM dan PPU SABAR.

Saturday, May 21, 2011

Sambutan Hari Guru 2011




































MPP PPUSMKDM telah diberi amanah untuk menganjurkan acara sambutan tersebut. Tahniah kepada jawatankuasa yang telah berjaya mengendalikan acara penuh gilang-gemilang. Dengan bertemakan konsep Melayu tradisional, acara simbolik yang telah diadakn seperti majlis tepung tawar dan memotong pulut kuning.Semoga menjadi kenangan yang terindah kepada semua guru yang diraikan . SELAMAT HARI GURU, 'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Thursday, May 5, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru 6 Rendah




Tarikh:9 Mei 2011
Masa:8.00am
Tempat:Dewan Kuliah PPU
Pakaian:Baju Rasmi Sekolah(Putih+Hitam)
Dokumen yang perlu dibawa:IC dan Surat Tawaran Masuk,Surat Beranak,Slip SPM(Asal dan Salinan)




Sehingga tarikh hari ini jumlah pelajar 6 rendah seramai 47 orang.

Thursday, April 21, 2011

Program Kajian Arkeologi Sejarah dan Eksplorasi Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang Serta Prog. Mesra Muhibbah Bersama SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai

Pada tarikh 9 hingga 10 Julai 2011 Unit Kokurikulum akan mengadakan Program Kajian Arkeologi Sejarah dan Eksplorasi Pendidikan Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang serta Majlis Mesra Muhibbah bersama MPP SMK Abu Bakar Al-Baqir Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak.Tentatif ringkas program seperti berikut: 1hb Julai(Jumaat):Bertolak ke Taiping,Menginap di Raudhah Homestay,Nite Safari Zoo Taiping.2hb Julai(Sabtu):Eksplorasi Eco-Pelajaran Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang,Kilang Arang,Kompleks Sejarah Matang,Muzium Taiping,Program Mesra Muhibbah bersama MPP SABAR.3hb Julai(Ahad):Muzium Diraja Kuala Kangsar,Studio Arca Raja Shahriman,Pusat Tembikar Sayong, Muzium Arkeologi Beruas dan Kompleks Sejarah Pasir Salak,Kg Gajah

Wednesday, March 30, 2011

Lawatan Ke Parlimen dan Balai Seni Lukis Negara


Alhamdulillah program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai program tersebut. Para pelajar berpeluang memerhati persidangan parlimen pada jam 11.30-12.30pm. Selepas itu pelajar dijamu makan tengahari oleh YB Puan Noriah Kasnon(Ahli Parlimen Sg Besar) di cafe Parlimen. Selesai acara jamuan, pelajar berpeluang mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Program seterusnya ialah lawatan ke Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Lawatan bermula jam 1.30pm-3.00pm. Kami diberi taklimat oleh Penolong Kurator BSLN berkaitan peranan dan fungsi serta pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak BSLN. Selepas itu para pelajar dibawa melihat pelbagai gambar yang terdapat di dalam galeri pameran. Selepas itu pelajar bersolat di Masjid Negeri Shah Alam dan dibawa ke Plaza Alam Sentral untuk membeli-belah di sana. Ahli rombongan selamat sampai di sekolah pada jam 10.00pm.

Wednesday, February 16, 2011

Perancangan Kelab PenyelidikanSehingga Jun 2011


1.Lawatan Ke Persidangan Parlimen Malaysia dan Mahkamah Tinggi Sultan Salahudin Abd Aziz Shah, Shah Alam pada 30 Mac 2011.
2.Urusetia Kejohanan badminton Bergu Tertutup SMK Dato' Mustaffa 26-27 Februari.
3.Lawatan Sambil belajar Ke Pusat Kraf dan balai Seni pada 9 April 2011
4.Program Ramah Mesra bersama PPU Penang Free School, Pulau Pinang dan Lawatan sambil Belajar Ke USM.

Thursday, February 10, 2011

Kursus ICT dan Dokumentasi











Pada 26 Januari 2011,Unit Kokurikulum PPU telah mengendalikan kursus tersebut. Tujuannya supaya para pelajar dapat menghasilkan dokumentasi apabila telah selesai sesuatu program yang dijalankan. Buat permulaan pelajar didedahkan cara-cara pengendalian program publisher. Akhirnya para pelajar telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan mereka diamanahkan untuk menghasilkan buletin PPU,Alhamdulillah buletin pertama PPU bagi bulan januari sudahpun diterbitkan.tahniah da.n syabas

Majlis Pelancaran Mentor-Mentee











Program tersebut dilancarkan pada 28 Januari 2011 bertempat di Dewan Mustaffa. para pelajar PPU telah menerima ibu/bapa angkat untuk membimbing dan memantau khususnya dari segi pelajaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Diharapkan agar program ini dapat mencapai matlamat utama iaitu meningkatkan pencapian akademik, membimbing dari segi sahsiah dan jati diri dan yang penting mejadikan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Program Maju Diri







Alhamdulillah,seperti tahun-tahun sebelumnya Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama PPU mnjalankan PMD sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal pelajar untuk menghadapi proses P&P. Pelbagai slot disediakan sepeti ceramah motivasi,bengkel dan sebagainya. Program dijalankan pada 26 dan 27 Januari ini dikendalikan oleh En Jaafar bin Abdul Rahman iaitu kaunselor sekolah.

Tuesday, February 8, 2011

Makluman

Blog PPU SMKDM bagi tahun 2011 dalam proses penambahbaikan. Maaf di atas sebarang kesulitan