Wednesday, August 25, 2010

Program Mentor-Mentee

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membimbing,membentuk sakhsiah diri,berkongsi maklumat dan masalah pelajaran para pelajar yang dibimbing. Setiap orang guru telah menerima empat orang mentee masing-masing.Program ini bermula dari bulan Ogos sehingga menjelang peperiksaan STPM pada bulan November.Di harapkan program ini dapat membantu pencapaian para pelajar PPU SMK Dato' Mustaffa.

Tuesday, August 17, 2010

Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan STPM 2010





Seminar tersebut berlangsung pada 16 hingga 20hb Ogos 2010. Jadual waktu seminar telah diedarkan kepada semua pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknik sebenar untuk menjawab peperiksaan STPM.Subjek yang terlibat ialah Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Geografi,Pengajian Perniagaan, Seni dan Sastera.
Program anjuran unit bimbingan dan kaunseling ini telah menjemput guru-guru pakar bagi setiap subjek berkenaan.