Wednesday, July 4, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-33

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 7hb Julai 2012 iaitu hari Sabtu. Pelajar PPU terlibat dalam acara lompat jauh, lontar peluru, 100meter dan aktiviti sukaneka sahaja. Mereka juga dikehendaki menjadi pembantu atau urusetia bagi setiap acara yang dijalankan. Semoga kejohanan tersebut berjalan lancar. Pesanan kepada para pelajar PPU berikan sumbangan khidmat bakti anda untuk sekolah.MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA.

Monday, June 25, 2012

Aktiviti PPU bulan Jun 2012

Bulan Jun 2012 merupakan bulan yang sibuk bagi para guru dan para pelajar PPU. memandangkan kepada sistem penggal yang baru diperkenalkan kepada pelajar 6 rendah maka semua pihak terpaksa mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi sistem yang mencabar ini. Tambahan pula, pelajar 6 atas akan menghadapi peperiksaan STPM bagi tahun terakhir sistem yang lama.Masalah yang dihadapi bagi para guru ialah kekurangan bahan rujukan, terpaksa menyesuaikan dengan sistem yang baru dan perlu memberi FOKUS untuk pelajar 6 rendah dan 6 atas.Diharapkan rakan-rakan guru sentiasa bersedia berhadapan dengan sistem baharu ini  dan sentiasa berusaha serta bekerjasama bagi meningkatkan prestasi para pelajar. Kepada para pelajar pula, anda jangan mengharapkan 100% daripada guru sebaliknya berusaha mencari maklumat yang semuanya boleh diperolehi di "hujung jari anda".
Namun ,dalam kesibukan sepanjang bulan Jun ini, PPU SMKDM telah memperolehi kejayaan yang amat dibanggakan oleh semua warga sekolah. Saudari Nunadiah bt Azmi telah mendapat JOHAN dalam pertandingan Karnival bahasa peringkat daerah Sabak Bernam seterusnya mendapat NAIB Johan bagi pertandingan yang sama di peringkat negeri Selangor. Dalam pertandingan kolokium penyelidikan peringkat daerah Sabak Bernam pula,pasukan PPU SMKDM turut mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut. Pembentang kajian penyelidikan dalam pertandingan kolokium berkenaan ialah Sdri Siti Solehah bt Wahab. Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama kerjasama yang diberikan oleh Pn Pengetua, PK1, PK Tg 6 serta semua guru dan pelajar yang memberikan sokongan. PPU SMKDM boleh!!!

Tuesday, May 8, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru PPUSMKDM sesi 2012/2013

Seramai 68 orang pelajar baru tingkatan 6 rendah telah mendaftar untuk persekolahan sesi 2012/2013. Mereka terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan. Program suai mesra pelajar PPU bermula pada tarikh 8 Mei 2012-11 Mei 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti bersama UBK,taklimat HEM,taklimat kokurikulum,taklimat mata pelajaran,program bersama MPP dan diakhiri dengan majlis penutupan rasmi minggu suai mesra.

Monday, April 2, 2012

Hari Graduasi Pelajar PPU SMKDM Sesi 2011
















Alhamdulillah program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 33 calon menerima sijil kelulusan dengan pencapaian penuh dalam peperiksaan SPM 2011 dan 11 penerima sijil pencapaian dengan keputusan cemerlang. penganugerahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Yang DiPertua PIBG SMKDM iaitu Tn Haji Mardi bin Sukir. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, March 27, 2012

Program Apresiasi Sastera Bersama Prof Madya Lim Swee Tin



















Pada 27hb Mac 2012 bertempat di Dewan Mustaffa telah berlangung majlis tersebut. Para pelajar berpeluang mengikuti ceramah/persembahan berkaitan puisi Melayu tradisional. Para peserta turut bersama-sama tetamu jemputan mendendangkan sajak,syair,nazam,pantun,gurindam dan sebagainya. Pertemuan ringkas yang telah dirancang oleh Panitia Sastera bersama PPU SMKDM ini telah meninggalkan kenanganan yang sangat manis dan menyeronokkan.

Monday, March 19, 2012

Program Lawatan Sambil Belajar dan Program Sua Mesra Bersama MPP SMK Mahsuri, Langkawi






Pada 12-15hb Mac 2012 telah diadakan program tersebut. Seramai 36 pelajar beserta 8 orang guru pengiring telah menyertai program yang bertujuan menjalinkan hubungan muhibbah bersama PPU luar. Selain itu pelajar turut melawat tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam Mahsuri, Kilang Gamat, Galeria Perdana, Pusat Kraf, Wildlife Park, Beras Terbakar, Pantai Chenang dan sebagainya. Program Sua Mesra bersama MPP SMK mahsuri Langkawi telah diadakan pada 14hb . MPP SMKDM telah tiba di SMK Mahsuri tepat jam 9.00am,kami diberikan taklimat ringkas oleh PK Tg6 iaitu Pn Anis Azrina bt Shafie, selepas itu melawat pusat sumber sekolah, sesi berkenalan dengan para pelajar, permainan persahabatan badminton (SDM menang 4-1) dan akhir sekali jamuan tengahari. Keramahan pelajar dan guru SMK Mahsuri tetap dikenang dan amat dihargai. Program yang tidak mungkin tidak dilupakan di Langkawi ialah membeli coklat dan pelbagai barangan di Idaman Suri dan Ismail Group. Selepas 3 hari di Langkawi pelajar bertolak pulang dan sempat singgah di pekan Rabu Alor Star. Rombongan selamat tiba di sekolah pada 15hb mac tepat jam 11.59pm.

Keputusan STPM2010

Alhamdulillah.buat julung kalinya SMKDM telah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan STPM 2011. Manakala PNGK turut meningkat iaitu memperolehi GP 2.28. Tahniah kepada para guru dan para pelajar yang berjaya.Pelajar terbaik ialah Siti Khadjah Mat Isa(3.25) dan Zuraiha Zaini(3.17). Terdapat lebih dari 10 pelajar yang memperolehi GP 2.5 dan ke atas.

Tuesday, February 28, 2012

Kejohanan Petanq Angkasa Peringkat Ng Selangor 2012



Kejohanan Petanq tersebut telah diadakan di Gelanggang Petanq Majlis Daerah Kuala Selangor. Seramai 3 pelajar tingkatan 6 telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Khairil Anas, Mohd Farid dan Khairul Aizat Rumaizi bagi kategri lelaki. Manakala bagi kategori perempuan diwakili oleh Suhana bt Sabri, Nor Azyan dan Nur Fatsha Shaziera. Peserta wanita telah menjadi johan kumpulan namun belum mencapai kemenangan di pusingan kedua. Bagi kategori lelaki tidak berjaya melepasi pusingan kedua juga. Syabas diucapkan kepada semua.Kemenangan yang tertangguh!

Monday, February 13, 2012

Program Maju Diri(PMD) dan Majlis Penyerahan Mentor-Mentee


















Kedua-dua program tersebut telah berjalan dengan lancar. Para pelajar telah diberikan pelbagai tips bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran semasa program PMD. Bekas pelajar PPU SMKDM telah dijemput untuk memberikan sedikit motivasi atau kata-kata perangsang kepada calon-calon STPM 2012. Terima kasih kepada Sdri Fazila bt Masri dan Sdri Habibah bt Sarehat(UNIMAS) dan Sdri Rabiatul Adawiyah bt Ramli(UMP) yang sudi berkongsi sedikit ilmu dengan adik-adik. Semasa program Mentor-Mentee pula, di akhir majlis Sdri Nur Nadiah bt Azmi telah mengetuai lafaz ikrar berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi meningkatkan pencapaian STPM bagi tahun 2012.

Monday, January 30, 2012

Perancangan Terkini PPU SMKDM Tahun 2012

Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti:
1.Program PMD pada 1-3hb Februari
2.Gotong royong perdana pada 4 Februari 2012
3.Majlis penyerahan mentor-mentee pada 8hb Februari 2012
4.Lawatan sambil Belajar Ke Langkawi dan Alor Setar pada 12-15 Mac 2012

Sunday, January 8, 2012

Tahun Baru 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua warga PPU SMKDM dan warga PPU seluruh negara. Marilah kita membina kekuatan dan azam baru menghadapi peperiksaan STPM tahun 2012. Kecemerlangan akademik dicapai melalui usaha keras tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Ayuhlah! Kita bina kekuatan yang ada, kita bantu membantu di atas kelemahan dan kita beri pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan.
Jagalah tingkah laku dan adab sopan ketika belajar. Imej anda merupakan cerminan diri sendiri yang menjadi ikutan adik-adik di sekolah.
Dalam bidang kokurikulum pula, usahalah bagi mencapai gred A dalam kegiatan kokurikulum anda. Persaingan di luar semakin hebat. Ketrampilan diri penting supaya orang mempercayai kebolehan dan keupayaan yang anda miliki. Jangan sampai masyarakat tidak mempercayai diri anda.