Wednesday, October 27, 2010

Program Panahan Akhir











Para pelajar baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan STPM 2010.Dalam tempoh masa yang masih ada ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti slepas pepriksaan percubaan. Antaranya semakan dan ulangkaji skema jawapan dan program motivasi terakhir yang dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PPU.Program tersebut dinamakan "Panahan Akhir".Persediaan telah diatur,bekalan sudah diberi,bimbingan dan motivasi sentiasa berterusan.Kini terpulang kepada para pelajar untuk menentukan sejauhmanakah persediaan dan bimbingan itu dimanfaatkan.Doa agar kalian beroleh ketenangan,diberi nikmat kesihatan dan dijauhi segala mara bahaya.Teruskan MARA mencapai CITA-CITA.Moga berjaya!

Thursday, October 14, 2010

Baju Korporat PPU






Alhamdulillah hasrat untuk melihat para pelajar Pra U SDM mempunyai baju korporatnya sendiri telah terlaksana. Para pelajar akan memkai baju tersebut pada setiap hari Isnin dan Rabu. Selain itu pemakaian tersebut diguna semasa program2 rasmi sekolah atau ketika menyertai program di luar sekolah. Diharapkan melalui pemakaian baju tersebut akan menaikkan imej pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun di luar sekolah.

Jamboree On The Air JOTA



Jamboree tersebut akan berlangsung pada 16-17 Oktober 2010 bertempat di SMK Dato' Mustaffa. Diharapkan para pelajar dapat mengambil peluang menyertai aktiviti yang telah ditetapkan. Selain daripada program JOTA Dunia, ahli Pengkap kelana telah mengambil peluang untuk mengumpulkan adik-adik pengakap daripada Tingkatan 1 hingga 5 bagi mengikuti program kembara yang akan belangsung pada sebelah petang(jam 2.00 hingga 6.00 petang hari Sabtu).Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti istiadat bendera,kawad tongkat, pandu arah dan sebagainya.