Wednesday, June 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Terengganu-Kelantan






Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh:2-4 Julai 2010
Bertolak:12.00pm (Jumaat)
Aktiviti:1. Lawatan ke Empangan kenyir
2. Lawatan ke Masjid Kristal,Muzium Kesenian,pasar payang,Arfa Batik
3. Program ramah mesra ke SMK Tendong,Pasir Mas
4. membeli-belah di Pasar Siti Khadijah.
Bertolak pulang: 3.00pm(Ahad)

Semoga program yang diatur dapat berjalan dengan lancar.

Monday, June 28, 2010

Urusetia Perkhemahan Koko/Khidmat Masyarakat






Perkhemahan perdana koko telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 25-27 Julai 2010.Tahniah kepada para pelajar 6 atas (44 orang) yang telah berjaya menjadi urusetia dan dapat menggerakkan semua aktiviti(Masakan,kebudayaan,explorace dll).Perkhidmatan anda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu khidmat masyarakat kepada kmuniti sekolah. Tahniah juga kepada para pelajar 6 Rendah(24 orang) yang terlibat sebagai fasilitator kumpulan masing-masing.

Kolokium kali Pertama








Pada 24 Julai 2010 bersamaan hari khamis jam 2.30-4.00pm bertenpat di makmal ICT telah diadakan kolokium bagi kali yang pertama. Para pelajar yang terlibat telah dapat membentangkan hasil kajian penyelidikan mereka di hadapan fasilitator masing-masing.Tahniah kepada semua yang terlibat.

Thursday, June 17, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

kepada semua pelajar,selamat kembali menunaikan tanggungjawab anda sebagai pelajar di sekolah.Walaupun demam bolasepak piala dunia sedikit mengganggu,tetapi bukan sebagai batu penghalang untuk anda belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupa pada tarikh 25-27 Jun 2010 anda diminta untuk menjadi urusetia perkhemahan perdana kokurikulum Tingkatan 5.Buktikan kepada adik-adik bahawa anda mempunyai komitmen yang tinggi di atas segala arahan dan tugasan yang diberi.